Wednesday, 27 December 2017

WANITA YANG DIPERAKUI KEIMANANNYA OLEH NABI

Dalam kerohanian, wanita memang tidak dapat mencapai pangkat nabi yang hanya dikhususkan kepada lelaki. Tetapi wanita boleh mencapai tahap Wali Allah dan Siddiqah (wanita yang benar imannya).

Antara wanita mendapat darjat tersebut ialah Maryam binti Imran, ibu Nabi Musa dan Aisyah isteri Firaun.

Firman Allah bermaksud: "Tiadalah al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka daripada menerima kebenaran yang jelas nyata itu),” (Surah al-Maidah: 75).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ramai lelaki mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian tanpa pangkat kenabian atau kerasulan), akan tetapi tidak (ramai) mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian) selain Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun. Dan sesungguhnya kelebihan Aisyah berbanding sekelian wanita seperti daging yang terbaik berbanding semua jenis makanan,” - (Riwayat sahih Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment