Wanita di seluruh dunia secara puratanya berhadapan masalah sama, berjuang dalam mempertingkatkan ekonomi keluarga serta negara menerusi kerjaya atau memutuskan untuk terus berhenti kerja, dilema yang pastinya mengundang pandangan berbeza bagi setiap individu.
Sekiranya mengambil keputusan berhenti kerja tanpa ada sumber pendapatan yang lain bukan saja menyebabkan kewangan keluarga berkurangan sebaliknya boleh menjejaskan ekonomi negara pada masa depan.
Kebanyakan wanita berpelajaran yang menghadapi masalah sebegini pada usia muda, apabila mula berhenti kerja, beberapa tahun selepas itu akan menjadi wanita yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami untuk menyara hidup anak serta dirinya sendiri.
Menyertai sektor pekerjaan selepas rehat yang panjang selepas itu mungkin menjadikan mereka perlu bersaing lebih keras dengan tenaga kerja baru yang muda seterusnya boleh menyebabkan wanita akan lebih kecewa berbanding sekiranya terus bekerja seperti pada permulaan hidupnya dulu.
Wanita yang berhenti kerja daripada sektor pekerjaan sebenarnya akan mendapati dirinya selalu akan berhadapan kesukaran.
Lebih 90 peratus wanita yang berhenti kerja dan berharap akan kembali bekerja selepas bayi mereka semakin besar, lebih yakin dapat menumpukan perhatian kepada kerja sedangkan masalah menunggu di hadapan termasuklah peluang mencari pekerjaan baru yang semakin sukar sejajar pertambahan usia, kepercayaan kepada seks dan diskriminasi lain terhadap wanita di tempat kerja.
Lebih 90 peratus wanita yang berhenti kerja dan berharap akan kembali bekerja selepas bayi mereka semakin besar, lebih yakin dapat menumpukan perhatian kepada kerja sedangkan masalah menunggu di hadapan termasuklah peluang mencari pekerjaan baru yang semakin sukar sejajar pertambahan usia, kepercayaan kepada seks dan diskriminasi lain terhadap wanita di tempat kerja.
Pergantungan terhadap kewangan suami meletakkan wanita dalam posisi tidak kebal terutama dengan kadar perceraian yang tinggi dan jangka hayat wanita lebih lama berbanding lelaki.
Perkahwinan membabitkan perhubungan ekonomi, tetapi bukan perhubungan yang sepadan, malah dalam banyak hal risiko ekonomi wanita jauh lebih tinggi.
Kajian menunjukkan status hidup wanita menjunam sebanyak 36 peratus selepas bercerai, sementara duda pula meningkat kepada 28 peratus.
Pun begitu, ini bukan menafikan pilihan wanita untuk berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian sebagai suri rumah. Ramai suri rumah berfikir sekiranya mereka berkerja, tumpuan terhadap anak berkurangan sedangkan ia tidak benar.
Kajian sosiologi yang membandingkan antara kanak-kanak yang mempunyai ibu bekerja berbanding ibu yang tidak bekerja tidak memberikan hasil yang terlalu berbeza.
Wanita duduk di rumah, memang dia seorang yang gembira mendukung bayi mereka berbanding ibu yang perlu keluar bekerja, namun wanita berkenaan akan mulai rasa tertekan dan merasa kehilangan apabila anak semakin meningkat remaja dan kurang bergantung kepada ibu tadi.
Apabila wanita meletakkan diri mereka dalam posisi pergantungan ekonomi kepada perkahwinan, wanita itu meletakkan diri dalam risiko ekonomi yang hebat kerana apa akan jadi sekiranya perkahwinan itu berakhir, atau suami tidak berkeupayaan, atau meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment