Ideologi Barat mengatakan hal berkaitan seks perlu ditentukan sendiri oleh individu tanpa sekatan dan kongkongan adat atau agama tidak boleh diterima. Hakikatnya, apa yang didakwa itu adalah satu penyimpangan keperluan manusia sendiri.
Golongan melakukan seks bebas mendakwa hubungan seks hak mutlak seseorang seperti hak asasi berkaitan perkara lain. Maka kebebasan itu tidak boleh dihalang oleh sesiapa, termasuk ibu bapa terhadap anak gadisnya.
Amalan itu difikirkan dapat mengatasi masalah sekatan seks yang didakwa punca berlaku rogol. Namun, hakikatnya masalah itu tidak dapat diselesaikan.
Di Barat kes rogol dan penderaan seks tetap berleluasa. Nilai moral dan batasan kemanusiaan tidak lagi menjadi perkara penting di Barat.
Di Barat kes rogol dan penderaan seks tetap berleluasa. Nilai moral dan batasan kemanusiaan tidak lagi menjadi perkara penting di Barat.
Jalan terbaik menyelesaikan apa-apa berkaitan seks ialah melalui cara ditetapkan syariat iaitu perkahwinan. Institusi perkahwinan bukan sahaja membolehkan lelaki dan perempuan menjalani hubungan seks secara halal, tetapi banyak rahsia kebaikan di sebaliknya.
Institusi perkahwinan membentuk hubungan yang bersifat lebih kukuh, ikhlas dan mewujudkan perasaan saling memerlukan di antara lelaki dan perempuan.
Berlainan hubungan zina semata-mata bertujuan kepuasan nafsu. Dalam institusi perkahwinan, hubungan lelaki dan perempuan bukan sekadar memenuhi keperluan seks semata-mata tetapi berkongsi segalanya.
Kesetiaan, pengorbanan, saling menghormati, saling memerlukan, kasih sayang, keyakinan dan kepercayaan dalam hubungan suami isteri membentuk satu institusi kekeluargaan yang kukuh.
Kesetiaan, pengorbanan, saling menghormati, saling memerlukan, kasih sayang, keyakinan dan kepercayaan dalam hubungan suami isteri membentuk satu institusi kekeluargaan yang kukuh.
Melalui perkahwinan kelahiran anak amat diharapkan. Malah Islam menggalakkan perkahwinan bertujuan melahirkan zuriat.
Walaupun zina juga melahirkan zuriat, tetapi bukan matlamatnya. Malah, penzina akan sedaya upaya mengelak daripada perkara itu, lebih-lebih lagi perempuan.
Mengandung dan melahirkan anak zina menyebabkan banyak keburukan. Cara menutup aib ialah pengguguran janim. Jika usaha pengguguran tidak berjaya atau tidak sanggup menggugurkan, maka lahirlah anak zina.
Untuk menutup malu dan tidak mahu menghadapi pelbagai masalah berkaitan kelahiran anak, maka dilakukan jalan mudah dengan membuang bayi. Perbuatan itu menunjukkan kesan buruk zina.
Perbuatan-perbuatan itu terang-terang menunjukkan kesan buruk zina. Jelas ia turut melibatkan masalah kepada orang lain. Untuk mengelak zina, dinasihatkan kepada mereka yang cenderung melakukan hubungan seks dan mampu berkahwin, maka bersegeralah berkahwin.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Wahai pemuda-pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka kahwinlah, kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan barangsiapa belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu mengurangi nafsu syahwat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment