Kerajaan
Pas Kelantan berbangga berjaya mengharamkan aktiviti judi berlesen di negeri
berkenaan. Namun, hakikat sebenar, aktiviti judi masih berleluasa dalam negeri
berkenaan. Kerajaan Pas Kelantan gagal untuk mendidik rakyat benci kepada judi.
Bentuk biasa pemain judi melibatkan daun terup, dadu, lumba
kuda, cabutan nombor dan teka nombor. Terdapat keputusan dijadikan asas
pertaruhan seperti pertandingan bola sepak, pilihan raya dan sebagainya.
Selain itu, ada aktiviti yang dianggap judi terselindung. Biasanya keadaan
ini berlaku dalam pertandingan tertentu. Peserta perlu membayar yuran sejumlah
wang penyertaan. Wang tersebut dikumpul dan dijadikan hadiah untuk
pertandingan. Ada juga cabutan bertuah untuk setiap resit atau borang
penyertaan.
Di Kelantan, aktiviti seperti ini amat berleluasa. Pertandingan
suara burung candik, memancing, sepakan penalti, ayam galak dan sebagainya.
Rakyat Kelantan minat bertanding dan bertaruh. Untuk menaikkan semangat, maka wang
hadiah disediakan.
Rakyat Kelantan nampaknya masih tidak faham tentang istilah
judi sebenar. Mereka anggap beli nombor toto sahaja yang haram. Sebab itu ia
diharamkan dijual di Kelantan.
Pemimpin Pas Kelantan gagal untuk mendidik rakyat Kelantan
agar faham maksud sebenar judi. Jadi, jangan salahkan rakyat jika terlibat
dalam aktiviti judi terselindung. Kerajaan Pas Kelantan hanya berbangga berjaya
tidak membenarkan pembukaan premis judi berlesen.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menyebut dalam kitabnya yang telah kami
terjemahkan, Halal & Haram dalam Islam (ms. 558): “Tetapi sekiranya hadiah
tersebut (atau benda pertaruhannya) dikeluarkan dari kedua-duanya sekali dan mereka
yang bertaruh dengan syarat siapa yang menang antara keduanya, maka dia berhak
mengambil kedua-duanya (taruhan) sekali. Maka jelaslah ini merupakan perjudian
yang diharamkan oleh Islam.”
Kesatuan Fikah Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 11 hingga 16 Jan 2003
telah memutuskan bahawa semua permainan dan pertandingan yang hadiahnya diambil
dari hasil kumpulan wang penyertaan peserta, hukumnya adalah haram hadiah
tersebut. Ini kerana ia mengandungi unsur judi dan gharar atau ketidaktentuan.
Justeru, mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada para pemenang
ialah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan kerana mengakibatkan kerugian
melalui main nasib atas pihak yang kalah.
Maka, dicadangkan agar penganjur mencari penaja untuk menaja hadiah para pemenang. Adapun, yuran peserta digunakan untuk belanja pentadbiran seperti sewaan
padang, dan peralatan, maka itu dibenarkan kerana semua peserta berkongsi
manfaat bersama.
Ini dapat dicontohi melalui pertandingan memancing anjuran Pemuda
UMNO DUN Bunut Payung yang mengenakan yuran penyertaan sekadar untuk digunakan belanja
urusan pertandingan. Sedangkan hadiah untuk pemenang ditaja oleh pihak lain.
Gambar – Pertandingan memancing anjuran Pemuda UMNO DUN Bunut
Payung yang bebas unsur judi.
No comments:
Post a Comment