Pesta Loy Krathong yang disambut masyarakat
keturunan Siam beragama Buddha yang tinggal di Malaysia. Ia merupakan
pesta keramaian yang sangat popular dan disambut dalam suasana penuh meriah di
kalangan kaum Siam. Masyarakat Siam di Malaysia ada kira-kira 60,000 orang.
Upacara menghanyutkan bunga teratai bertujuan menghapuskan dosa para
penganutnya dan memulakan kehidupan baharu yang lebih baik.
Pesta tersebut turut diserikan dengan
persembahan kebudayaan dan kesenian Siam serta pertandingan Ratu Krathong.
Pengunjung masyarakat Siam yang hadir
masing-masing membawa bunga teratai (krathong) untuk upacara pembacaan mentera
oleh para Bhikkhu (sami Buddha). Upacara pembacaan mentera dengan harapan untuk
mendapat restu dan kemuliaan daripada para Bhikkhu, selaku pendeta agama
Buddha.
Selepas upacara berkenaan tamat, kira-kira
pukul 12 tengah malam, perarakan Krathong bermula menuju ke tasik atau sungai
berdekatan.
Kemudian, lilin dalam Krathong yang dibawa dinyalakan sambil mereka
berdoa sesuatu dengan penuh harapan dan seterusnya menghanyutkan ke dalam tasik
berkenaan.
Di Kelantan, Pesta Loy Krathong di adakan
di wat-wat yang terdapat di Tumpat yang terdapat banyak kaum Siam tinggal di
kawasan itu.
Selain itu, di Bachok pula, Pesta Loy Krathong merupakan acara
tahunan yang sentiasa dianjurkan oleh Wat Pathumviharn, Kampung Balai bermula sejak sekitar tahun 1998,
Sambutannya amat meriah dengan pelbagai acara yang mendapat penyertaan
kaum Siam seluruh Kelantan dan luar Kelantan.



No comments:
Post a Comment