Kebanyakan pokok dan hutan di Perlis bertukar
menjadi keperangan ekoran kesan musim angin timur. Pemandangan itu menjadi tarikan
baharu buat pelancong bertandang ke Perlis.
Fenomena yang berlaku antara Disember
hingga Mac setiap tahun itu membawa bersama suhu mencecah 38 darjah Celcius
pada waktu siang dan menurun kepada 24 pada sebelah malam.
Fenomena yang dikenali sebagai angin timur
itu berlaku disebabkan kedudukan geografi dan iklim setempat. Kedudukan Perlis
di penghujung utara Pentas Sunda menyebabkan flora, fauna dan cuaca
dipengaruhi oleh ciri Indo-China.
Ia berkongsi iklim monsun tropika, menerima
angin Monsun Timur Laut yang sejuk dan kering serta tempias luruan angin sejuk
Siberia menjadikan kawasan tanah tinggi nyaman seperti di Wang Kelian.
Pokok kayu jenis dipterokarpa pamah seperti
meranti, merawan, cengal dan mersawa di hampir kesemua bukit batu kapur
bertukar keperangan dan luruh ekoran tidak menerima hujan dalam jangka masa
panjang, sebelum berputik kembali pada awal April.
Gambar: Kawasan bukit di sekitar Perlis
yang bertukar keperangan akibat fenomena angin timur.
Kredit – Kosmo
No comments:
Post a Comment